Tuesday, March 3, 2009

Bagaimana menukar liabiliti kepada aset?

Tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula Liabiliti (Hutang/Tanggungan) boleh ditukar menjadi Aset (Harta)?
Mudah sahaja!!!
Kerana emas itu bersifat sejajar/meningkat (Collateral).
Di sini saya akan bincangkan secara teknikal bagaimana bebanan hutang boleh ditukar menjadi harta...
..........
Nota: Perbincangan lanjut perlu pertemuan dua mata untuk lebih jelas.

Hubungi saya di 019-6666404 (Syamsul)


.......

Tuesday, February 24, 2009

Konsep & Kelebihan Ar-Rahnu (Sistem Pajak Gadai Islam)

Ar-Rahnu menggabungkan dua konsep Shariah yang utama iaitu:

1. Ar-Rahnu

-Merujuk kepada mekanisma di mana suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dicagar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

2. Al-Wadiah Yad Dhamanah

-Merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpaan.

Kelebihan Ar-Rahnu Vs. Kedai Pajak Gadai.

1. Tidak mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
2. Nilai Gadaian tidak merosot.
3. Wang Lebihan Gadaian Dipulangkan
4. Barang kemas yang disimpan selamat.
5. Caj perkhidmatan yang yang rendah
6. Tiada unsur penipuan semasa membuat timbangan
7. Tempoh membayar balik yang munasabah
8. Pemberian notis kepada Penggadai tentang upacara lelongan
9. Memberi nilai gadaian yang sepatutnya.

Tuesday, February 10, 2009

Artikel: Emas mampu bendung kegawatan ekonomi

Lagi Artikel pasal emas dan Etika Emas Estet Sdn Bhd

Emas mampu bendung kegawatan ekonomi

Logam lambang kemegahan jadi aset kalis inflasi, tidak mungkin alami susut nilaiKEGAWATAN ekonomi global ternyata menggegarkan dunia. Penurunan nilai mata wang yang diamalkan dalam sistem ekonomi kapatalis memberi cabaran hebat kepada dunia sekarang. Dalam suasana sebegini, seharusnya semua pihak berfikir semula untuk menstabilkan nilai mata wang supaya tidak mengalami penurunan ketara apabila kegawatan ekonomi berlaku.
Emas sebenarnya mampu menjadi tukaran nilai mata wang yang kukuh serta produk pelaburan yang dapat melindung nilai daripada inflasi. Sejarah juga menunjukkan apabila berlaku inflasi harga emas akan naik, maka dolar Amerika dan mata wang utama dunia hilang nilai. Namun, harga emas akan terus stabil juga jika dolar Amerika mengalami pengukuhan semula. Apa yang menarik, sesuatu bangsa akan lebih hebat dan cemerlang sekiranya memiliki emas kerana mampu menjadi aset yang paling bernilai tinggi.
Presiden Etika Emas Estet Sdn Bhd, Mohd Amin Supian, berkata sesuatu bangsa itu perlu mempunyai mata wang untuk membina ummah ke tahap lebih cemerlang.Katanya, emas boleh dijadikan mata wang yang kekal dari segi tukaran nilainya. Dalam kegawatan ekonomi global sekarang, mata wang kertas boleh turun nilainya berbanding emas yang nilainya kekal.Jika kita memiliki emas lebih 10 tahun ia mampu membangunkan ummah yang berdaya saing tinggi dan hidup selesa walau dalam situasi mencabar seperti kegawatan ekonomi yang melanda dunia sekarang.Sains dan falsafah di sebalik kilauan emas itu menjadi lambang kemegahan sesuatu bangsa untuk sama-sama mencipta sejarah kemenangan ummah yang lebih gemilang pada masa depan.
Kita yakin selepas beberapa tahun memiliki emas, individu atau masyarakat akan mempunyai nilai lindung harta dan ia mampu menolong sesama ummah tanpa meminta apa lebihan yang dipanggil riba, katanya. Emas dikupas secara luas juga mempunyai unsur sains, falsafah terlindung, menjadi lambang kemegahan serta mampu mencipta sejarah gemilang kepada sesuatu bangsa yang gemilang. Emas dan perak juga logam ciptaan Allah yang mempunyai kedudukan amat istimewa kepada manusia dan ia disebut di dalam al-Quran. Emas juga menjadi bahan digemari manusia sejak zaman berzaman kerana pelbagai fungsi serta mempunyai nilai tinggi dan bermutu.Sejarah mengenai emas ini juga dapat dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk menjadi alat pembayar zakat, mahar perkahwinan dan perhiasan, selain sebagai mata wang yang boleh diterima oleh semua bangsa. Seseorang individu atau ummah akan lebih dihormati terutama jika memiliki emas untuk jangka masa tertentu kerana ia akan mempunyai nilai lindung harta dan sudah termaktub dalam sejarah ia tidak pernah jatuh nilainya, sebaliknya dapat menaikkan taraf hidup sesuatu ummah.
Kepentingan emas ini turut dinyatakan dalam banyak ayat al-Quran dan hadis. Antaranya, dalam Surah Ali Imran ayat 75, menyatakan,
"Dan di antara ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakan untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi potensi hidup) ahli keluarga kamu."
Rentetan sejarah emas ini amat panjang sehingga ia turut dicadangkan menjadi mata wang (dinar emas) di seluruh dunia terutama negara Islam. Pada zaman kegemilangan Islam, iaitu sejak 1,400 tahun dulu, dinar emas tertera perkataan Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang dengan berat standard emas dinar pada masa itu ialah 4.40 gram.
Dinar Emas juga mempunyai tarikh hijrah yang wujud kali pertama pada 74 Hijrah dan digunakan di seluruh empayar Islam termasuk Afrika dan Sepanyol. Bentuk dinar baru diperkenalkan pada 77 Hijrah (696-697 Masihi) oleh Khalifah Abd al-Malik ibn Marwan dan ia digunakan sepanjang pemerintahan Umayyah. Dinar Emas juga diperluaskan lagi pada zaman Khalifa al-Rasyidin yang terus tersebar ke Afrika Utara, Andalusia hingga ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara.
Mohd Amin berkata, Etika Emas Estet yang menjalankan aktiviti perniagaan jual beli emas di negara ini, mahu membawa masyarakat kembali ke asal dengan menjadikan bahan logam itu sebagai simpanan kekal serta sudah terbukti sejak zaman dulu bahan itu mampu membina tamadun dan kegemilangan Islam suatu ketika dulu.Beliau berkata, sistem kredit boleh menyebabkan rakyat sesebuah negara berhutang dan terpaksa akur dengan sistem sedia ada serta menyebabkan sosioekonomi yang kurang sihat.Emas menjadi mata wang antarabangsa yang sebenar dan bernilai berbanding mata wang kertas yang terhad penggunaan di sesebuah negara.
Emas terbukti sepanjang zaman menjadi satu-satunya logam dan aset yang kalis inflasi dan tidak mungkin mengalami susut nilai. Mohd Amin berkata, tidak mustahil, seperti yang pernah Malaysia cadangkan supaya penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia, yang pernah diperkenalkan ketika zaman Rasulullah, akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Emas dipilih kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya tidak berubah. Jika emas digunakan dalam dinar emas pula mampu mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang," katanya.

Wednesday, February 4, 2009

Simpan Emas & Jana Pendapatan




Smlm saya berkesempatan untuk mendapat penerangan mengenai peluang membuat pendapatan sampingan melalui pembelian emas yang ditawarkan oleh Etika Emas Estet Sdn Bhd.


Contoh Emas dalam berat 100g dari Etika Emas,



















Dan ni gambar Presiden Etika Emas, En Mohd Amin [Gambar diambil sewaktu ditemu bual oleh oleh wartawan Berita Minggu 4 Januari 2009 (Oleh Siti Nur Almizan Aripin snur@nstp.com.my)

Ada 2 cara penyimpanan yang ditawarkan oleh syarikat ini, iaitu:

Program 1


Beli emas 100g dengan harga semasa (lebih kurang RM 12, 600 pada kadar RM 129.46 segram pada 5hb Feb 09). Pembeli menyimpan sendiri emas tersebut dan syarikat akan membayar diskaun secara berjadual kepada pembeli sebanyak RM 150.00 setiap bulan.

Program 2

Beli emas 100g dengan harga semasa (lebih kurang RM 12, 600 pada kadar RM 129.46 segram pada 5hb Feb 09). Emas yang dibeli disimpan atas nama pembeli di Skim Ar-Rahnu (pajak Gadai Islam) Bank Rakyat. Syarikat akan menambah 1 lagi ketulan emas dengan kadar yang sama 100g dan disimpan atas nama pembeli di Bank Rakyat.

Maka sebagai galakan kepada pembeli dan org ramai, Syarikat akan memberi diskaun secara berjadual sebanyak RM 300 setiap bulan (Untuk setiap 100g yang dibeli ditambah dengan cagaran 100g dari syarikat).

Tempoh diskaun adalah selama 6 bulan. Dan kontrak penyimpanan akan diperbaharui atas persetujuan pembeli.

Jika pembeli mahu keluar dari program, Bank Rakyat akan memulangkan 100g yang dipinjam ke syarikat Etika Emas. Lagi 100g atas nama pembeli akan dinilai atas harga semasa emas dan dikembalikan kepada pembeli.

Kunikan emas berbanding saham amanah.

Sebagai agen / perunding pelaburan, saya sentiasa membuat perbezaan dan cuba memberikan ilmu dan penerangan terbaik kepada semua. Ini bagi mengelakkan kekeliruan atau salah faham.

Jadi sebagai salah seorang agen bertauliah untuk unit trust, saya membuat sedikit homework berkaitan keunikan, kelebihan dan kekurangan Unit Trust dan Melabur/menyimpan emas.

Berikut adalah sedikit kajian saya.

Kunikan unit trust (UT) & Gold Investment.

1. Jangkamasa Pelaburan

UT adalah pelaburan jangkamasa sederhana (5 Tahun) ke jangkamasa panjang (30 tahun)

Gold Investment boleh flexible (paling cepat 6 bulan) nak simpan jangkamasa panjang pun boleh. Emas jika disimpan lebih lama akan lebih berharga.

2. Jumlah pelaburan

UT adalah untuk membantu individu yang berniat melabur tetapi tidak mempunyai modal besar atau untuk menggalakkan pusingan modal (Untuk kes melabur pakai EPF).

Gold Investment memerlukan modal sekurang-kurangnya 100g emas untuk mendapat pulangan yang memuaskan (i.e. harga 1g pada 05 Feb 09 = RM116.00) Jadi modal adalah RM116,000 untuk permulaan. [Modal boleh diuruskan].

3. Collateral (Sejajar)

UT tidak sejajar, harga setiap unit adalah bergantung pada turun naik banyak factor seperti pasaran saham, keadaan ekonomi, politik, inflasi dsb dan setiap satunya diikat dengan Fiat Money (duit kertas RM, USD etc).

Gold tidak diikat dengan mana-mana nilai wang kertas kerana emas itu sendiri dah mempunyai nilai tersendiri dan di ketahui umum. Emas juga sejajar / selari dan bertambah nilainya dari masa ke semasa.

Menurut Prof Madya Ahmad Kamel Mydin Meera dari UIA, pada tahun 60-an harga seekor kambing bersamaan RM70 (1 dinar emas). Tp pada 2009 harga seekor kambing dah mencecah RM400 tetapi dari segi dinar masih lagi 1 dinar emas. Jadi nilai emas adalah sejajar dan berkembang.

4. Kecairan

UT hanya boleh dicairkan dalam tempoh 10 -14 hari sekiranya diminta oleh pelabur.

Emas boleh dijual pada bila-bila masa.

5. Decision Making (keputusan)

Dalam Unit Trust, pelabur tiada pilihan untuk membuat keputusan dimana duitnya hendak dilaburkan.

Gold – pelabur berhak membuat keputusan samada untuk menyimpan sendiri emas yang dibeli atau simpan di bank atau peti keselamatan dsb.

6. Kemahiran atau pengalaman

UT – pelabur tidak perlu 100% faham bagaimana unit dilaburkan, perkiraan modal, untung rugi diuruskan oleh agen / consultant yang dilantik.

Gold – kemahiran dan ilmu penting untuk menentukan hasil dan mengelakkan kerugian.

Mengenal Emas dan Pecahannya

Harini saya belajar dan membuat analisis yang lebih mendalam dengan sifu dari Etika Emas Estet Sdn Bhd. Oh rupa-rupanya baru faham kenapa ada orang yang beli Gold Coin Kijang Emas atau lain-lain tak dapat jual semula dengan harga tinggi.

Sebenarnya begini, emas boleh dikategorikan kepada 3 iaitu:

1. Raw Gold - hasil mentah yang dikeluarkan dari lombong emas.
2. Scrap Gold - emas yang dibuat perhiasan / koleksi dsb seperti rantai emas, gelang dsb.
3. Currency Gold - emas dalam bentuk bullion / bar yang mempunyai nilai yang lebih stabil. Biasanya percetakan duit kertas akan disandarkan pada emas jenis ini. Emas ini juga mesti diiktiraf atau mendapat "HALLMARK" oleh LBMA (London Bullion Market Association) dan WGC (World Gold Council) yang berpusat di Geneva dan United Kingdom.

Sebab itu, dalam ketiga-tiga kategori, "Currency Gold" dapat harga yang tinggi. Dalam kategori ini, ada beberapa jenis sahaja yang diiktiraf of LBMA seperti:

1. PAMP SA
2. Credit Suisse
3. UBS
4. Valcambi


Jadi sebab itulah harga emas yang dibeli semula oleh Etika Emas Estet Sdn bhd mendapat sambutan dan harga tinggi sbbnya emas yang diniagakan adalah emas yang diiktiraf oleh seluruh dunia.

Berbicara tentang susut nilai antara Scrap Gold dan Currency Gold, nilai Scrap Gold akan susut 25%-30% apabila dijual semula. Currency Gold akan susut sekitar 2%-3% sahaja.

Semoga dengan sedikit ilmu ini dapat memberi kefahaman kepada semua.

Saturday, January 31, 2009

Emas dan sedikit kajian

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perbincangan mengenai emas sebagai pelaburan memang menarik. Beli emas memang tak rugi tetapi menguntungkan dan sebenarnya dapat mengukuhkan ekonomi negara.

Contohnya semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997/1999, rakyat thailand menggadaikan barang kemas mereka utk menstabilkan ekonomi negara mereka. Jadi saya telah belajar serba sedikit dan membuat penyelidikan mengenai emas ini melalui laman http://www.kitco.com iaitu bursa emas dunia dan sebagai contoh pada disember 2008 harga emas berada disekitar usd800 hingga usd820 per ounce (oz).

1 oz = 31.1 Gram

Harga sekarang pada 30/1/09 harganya ialah usd885 pergram dimana harga pasaran di malaysia ialah pada harga RM107.82 per gram. Sila rujuk laman http://www.publicbank.com.my dan pergi ke gold investment. Bagi harga pasaran Etika Emas Estet ianya sedikit tinggi tetapi menguntungkan juga sebab bila dijual balik ia mengikut harga pasaran.

Sebagai contoh pada 29/1/09, 1 gram dijual pada harga rm123 (harga dunia pada usd885) dan apabila harga pasaran dunia meningkat pada usd910 sebagai contoh, harga di malaysia boleh mencecah rm127 bagi 1 gram. Bayangkan jika pembeli mempunyai 100 gram emas, sudah tentu mendapat untung rm400 bagi tempoh 3 bulan (biasanya emas akan turun naik dalam tempoh ini). Nasihat saya, masa terbaik untuk membeli emas ialah apabila harganya berada pada tahap usd800 hingga usd850 per gram. Masa inilah etika emas akan menjual emasnya pada harga rm100 hingga rm110.

Lagi info emas, harga emas pada tahun 1998 ialah pada harga rm35 per gram dan dalam tempoh 10 tahun iaitu pada tahun 2008 harganya ialah rm95…… jadi bezanya ialah rm60 pergram, sekiranya pelabur menyimpan emasnya sebanyak 100 gram maka untungnya ialah rm6000.

Bayangkan jika pembeli mendapat untung bagi setiap gram antara rm5 hingga rm10, ianya cukup lumayan bagi menambahkan pendapatan. Sila hubungi saya di email pelaburanemas@gmail.com untuk mendapat maklumat lanjut dan bertukar-tukar pendapat mengenai emas ini.