Wednesday, February 4, 2009

Simpan Emas & Jana Pendapatan




Smlm saya berkesempatan untuk mendapat penerangan mengenai peluang membuat pendapatan sampingan melalui pembelian emas yang ditawarkan oleh Etika Emas Estet Sdn Bhd.


Contoh Emas dalam berat 100g dari Etika Emas,



















Dan ni gambar Presiden Etika Emas, En Mohd Amin [Gambar diambil sewaktu ditemu bual oleh oleh wartawan Berita Minggu 4 Januari 2009 (Oleh Siti Nur Almizan Aripin snur@nstp.com.my)

Ada 2 cara penyimpanan yang ditawarkan oleh syarikat ini, iaitu:

Program 1


Beli emas 100g dengan harga semasa (lebih kurang RM 12, 600 pada kadar RM 129.46 segram pada 5hb Feb 09). Pembeli menyimpan sendiri emas tersebut dan syarikat akan membayar diskaun secara berjadual kepada pembeli sebanyak RM 150.00 setiap bulan.

Program 2

Beli emas 100g dengan harga semasa (lebih kurang RM 12, 600 pada kadar RM 129.46 segram pada 5hb Feb 09). Emas yang dibeli disimpan atas nama pembeli di Skim Ar-Rahnu (pajak Gadai Islam) Bank Rakyat. Syarikat akan menambah 1 lagi ketulan emas dengan kadar yang sama 100g dan disimpan atas nama pembeli di Bank Rakyat.

Maka sebagai galakan kepada pembeli dan org ramai, Syarikat akan memberi diskaun secara berjadual sebanyak RM 300 setiap bulan (Untuk setiap 100g yang dibeli ditambah dengan cagaran 100g dari syarikat).

Tempoh diskaun adalah selama 6 bulan. Dan kontrak penyimpanan akan diperbaharui atas persetujuan pembeli.

Jika pembeli mahu keluar dari program, Bank Rakyat akan memulangkan 100g yang dipinjam ke syarikat Etika Emas. Lagi 100g atas nama pembeli akan dinilai atas harga semasa emas dan dikembalikan kepada pembeli.

No comments:

Post a Comment