Wednesday, February 4, 2009

Mengenal Emas dan Pecahannya

Harini saya belajar dan membuat analisis yang lebih mendalam dengan sifu dari Etika Emas Estet Sdn Bhd. Oh rupa-rupanya baru faham kenapa ada orang yang beli Gold Coin Kijang Emas atau lain-lain tak dapat jual semula dengan harga tinggi.

Sebenarnya begini, emas boleh dikategorikan kepada 3 iaitu:

1. Raw Gold - hasil mentah yang dikeluarkan dari lombong emas.
2. Scrap Gold - emas yang dibuat perhiasan / koleksi dsb seperti rantai emas, gelang dsb.
3. Currency Gold - emas dalam bentuk bullion / bar yang mempunyai nilai yang lebih stabil. Biasanya percetakan duit kertas akan disandarkan pada emas jenis ini. Emas ini juga mesti diiktiraf atau mendapat "HALLMARK" oleh LBMA (London Bullion Market Association) dan WGC (World Gold Council) yang berpusat di Geneva dan United Kingdom.

Sebab itu, dalam ketiga-tiga kategori, "Currency Gold" dapat harga yang tinggi. Dalam kategori ini, ada beberapa jenis sahaja yang diiktiraf of LBMA seperti:

1. PAMP SA
2. Credit Suisse
3. UBS
4. Valcambi


Jadi sebab itulah harga emas yang dibeli semula oleh Etika Emas Estet Sdn bhd mendapat sambutan dan harga tinggi sbbnya emas yang diniagakan adalah emas yang diiktiraf oleh seluruh dunia.

Berbicara tentang susut nilai antara Scrap Gold dan Currency Gold, nilai Scrap Gold akan susut 25%-30% apabila dijual semula. Currency Gold akan susut sekitar 2%-3% sahaja.

Semoga dengan sedikit ilmu ini dapat memberi kefahaman kepada semua.

No comments:

Post a Comment