Wednesday, February 4, 2009

Kunikan emas berbanding saham amanah.

Sebagai agen / perunding pelaburan, saya sentiasa membuat perbezaan dan cuba memberikan ilmu dan penerangan terbaik kepada semua. Ini bagi mengelakkan kekeliruan atau salah faham.

Jadi sebagai salah seorang agen bertauliah untuk unit trust, saya membuat sedikit homework berkaitan keunikan, kelebihan dan kekurangan Unit Trust dan Melabur/menyimpan emas.

Berikut adalah sedikit kajian saya.

Kunikan unit trust (UT) & Gold Investment.

1. Jangkamasa Pelaburan

UT adalah pelaburan jangkamasa sederhana (5 Tahun) ke jangkamasa panjang (30 tahun)

Gold Investment boleh flexible (paling cepat 6 bulan) nak simpan jangkamasa panjang pun boleh. Emas jika disimpan lebih lama akan lebih berharga.

2. Jumlah pelaburan

UT adalah untuk membantu individu yang berniat melabur tetapi tidak mempunyai modal besar atau untuk menggalakkan pusingan modal (Untuk kes melabur pakai EPF).

Gold Investment memerlukan modal sekurang-kurangnya 100g emas untuk mendapat pulangan yang memuaskan (i.e. harga 1g pada 05 Feb 09 = RM116.00) Jadi modal adalah RM116,000 untuk permulaan. [Modal boleh diuruskan].

3. Collateral (Sejajar)

UT tidak sejajar, harga setiap unit adalah bergantung pada turun naik banyak factor seperti pasaran saham, keadaan ekonomi, politik, inflasi dsb dan setiap satunya diikat dengan Fiat Money (duit kertas RM, USD etc).

Gold tidak diikat dengan mana-mana nilai wang kertas kerana emas itu sendiri dah mempunyai nilai tersendiri dan di ketahui umum. Emas juga sejajar / selari dan bertambah nilainya dari masa ke semasa.

Menurut Prof Madya Ahmad Kamel Mydin Meera dari UIA, pada tahun 60-an harga seekor kambing bersamaan RM70 (1 dinar emas). Tp pada 2009 harga seekor kambing dah mencecah RM400 tetapi dari segi dinar masih lagi 1 dinar emas. Jadi nilai emas adalah sejajar dan berkembang.

4. Kecairan

UT hanya boleh dicairkan dalam tempoh 10 -14 hari sekiranya diminta oleh pelabur.

Emas boleh dijual pada bila-bila masa.

5. Decision Making (keputusan)

Dalam Unit Trust, pelabur tiada pilihan untuk membuat keputusan dimana duitnya hendak dilaburkan.

Gold – pelabur berhak membuat keputusan samada untuk menyimpan sendiri emas yang dibeli atau simpan di bank atau peti keselamatan dsb.

6. Kemahiran atau pengalaman

UT – pelabur tidak perlu 100% faham bagaimana unit dilaburkan, perkiraan modal, untung rugi diuruskan oleh agen / consultant yang dilantik.

Gold – kemahiran dan ilmu penting untuk menentukan hasil dan mengelakkan kerugian.

No comments:

Post a Comment